TIPS MEMBUAT POSTER VERSI "INSTINCT MELODY"
Request by Lina
INI ADALAH TIPS DAN BUKANNYA TUTORIAL
This is my first time for giving a tips on making poster. Err lama-lama nanti biasa la kot bagi tips bagai ni. First thing yang perlu dibuat untuk menghasilkan sesuatu poster adalah mengenal pasti mood cerita tersebut. Selalunya ramai yang buat cerita tentang kisah romantik percintaan yang sedih-sedih, sweet sweet gitu kan. By the way, poster di atas dibuat berdasarkan permintaan. Unsur-unsur yang ada dalam cerita Instinct Melody adalah seperti muzik, percintaan dan ada sedikit konflik antara watak-watak cerita tersebut. Bila dah dapat kenal pasti theme/mood cerita, barulah bahan-bahan untuk membuat poster boleh dicari. 
Pilih textures yang berkaitan dengan jalan cerita. [google images|devianart.com etc.]
  • Gambar piano (HQ) dipilih sebagai simbol utama menandakan cerita tersebut mempunyai unsur-unsur muzik.
  • Gambar not muzik digunakan untuk dicantumkan dengan gambar piano.
  • Texture asas tanpa corak (paper) untuk dijadikan base background.
  • Selaraskan ketiga-tiga textures kepada warna yang berhampiran.
  • Warna yang dipilih untuk textures poster di atas adalah kuning, coklat dan hijau.
Pilih gambar watak yang bersesuaian dengan mood cerita. [google images|tumblr etc.]
  • Pastikan gambar adalah HQ (high quality)
  • Watak di dalam poster yang digunakan adalah seramai 3 orang.
  • Mimik muka sangat memainkan peranan. 
  • Elakkan gambar yang terlalu menunjukkan senyuman jika cerita berunsur kesedihan.
  • Posisi watak di dalam gambar juga memainkan peranan.
  • Gunakan gambar watak yang mempunyai keserasian antara satu sama lain.
  • Selaraskan ketiga-tiga gambar watak agar tona dan kecerahan mereka kelihatan hampir sama.
  • Untuk menyelaraskannya, guna colour balance dan juga brightness and contrast.
  • Ubah saiz gambar bagi ketiga-tiga watak kelihatan logik. Maksudnya, saiz wajah mereka mestilah lebih kurang sama. Lazimnya, wajah watak perempuan perlu lebih kecil dan sedikit cerah berbanding lelaki (sila rujuk poster untuk mendapat kepastian)
Gabungkan kesemua textures ke dalam satu layer yang baru. [Photoshop CS3|CS5]
  • Pastikan saiz layer yang baru itu tidaklah terlalu besar atau terlalu kecil (700x500)
  • Susun gambar piano dan not muzik itu supaya kelihatan seperti dalam satu gambar. (Rujuk poster untuk kepastian)
  • Jangan usik textures selagi belum masukkan gambar watak.
Gabungkan gambar watak ke dalam layer baru (textures yang telah digabungkan tadi) [Photoshop CS3|CS5]
  • Drag ketiga-tiga gambar watak tadi ke dalam layer textures.
  • Susun watak tersebut mengikut daya kreativiti masing-masing.
  • Sediakan ruangan untuk font bagi tajuk cerita.
  • Watak utama perlu kelihatan seolah-olah saling berhubung dalam sesebuah poster.
  • Padam sekeliling gambar watak supaya hanya watak sahaja yang tinggal. 
  • Kawal hardness eraser tool. 
  • Selaraskan opacity dan juga flow eraser supaya gambar watak tidak hilang secara keseluruhan.
  • Pada sekeliling watak, gunakan eraser tool pada hardness seminimum yang boleh dan flow 45% untuk menghilangkan sedikit kecerahan watak (Rujuk poster untuk kepastian, tak tahu nak sebut macam mana)
  • Bila siap memadam, hasilnya nanti akan kelihatan seperti watak tersebut seperti bercantum dengan texture.
  • Watak-watak akan kelihatan seperti berbayang pada texture asal.
  • Letakkan texture base tanpa corak (paper) di permukaan atas sekali dan gambar yang lain biarkan dibawah. (Drag pada bahagian layer)
  • Kemudian dengan menggunakan eraser tool pada hardness seminimum yang mungkin dan opacity & flow 45%, padam keseluruhan texture base tersebut supaya semua gambar yang berada di bawah texture base itu kelihatan. 
  • Base texture masih lagi kelihatan tetapi dalam keadaan samar-samar sahaja. (Rujuk poster untuk kepastian)
  • Padam pula base texture yang kelihatan samar-samar pada wajah watak supaya watak tersebut akan kelihatan menonjol.
  • Gambar piano dan not muzik tadi juga boleh dipadam dengan opacity dan flow 45% dan menggunakan hardness yang minimum.
  • Save keseluruhan layer menggunakan format PNG.
Selaraskan texture dan juga watak. [Photoscape V3.5]
  • Gunakan effect bloom pada layer yang telah di save tadi.
  • Untuk poster di atas, effect bloom yang digunakan adalah deep mode.
  • Deep mode akan membuatkan watak kelihatan lebih menonjol daripada background.
  • Selaraskan level (blur) pada deep mode supaya gambar tersebut kelihatan lembut.
  • Gunakan effect backlight supaya background kelihatan lebih gelap daripada watak.
Font untuk poster. [boleh download dari dafont.com]
  • Untuk tajuk cerita, pilih font yang serasi dengan cerita.
  • Elakkan daripada menggunakan font yang sukar difahami.
  • Gunakan warna yang sesuai dengan poster.
  • Warna yang paling serasi dengan semua jenis poster adalah putih dan hitam.
  • Gunakan effect shadows supaya font tidak kelihatan tenggelam kerana warna piano tersebut akan menyebabkan font tersebut tenggelam.
  • Kedudukan tajuk cerita juga amat penting di dalam sesebuah poster.
  • Saiz yang digunakan haruslah sederhana tetapi kelihatan dan boleh dibaca.
  • Quote pula menggunakan tulisan yang lebih kecil berbanding tajuk. (Rujuk poster untuk kepastian)
  • Selesai memasukkan font, gabungkan photo + object dan kemudian save gambar tersebut.
  • Maka terhasillah satu poster seperti di atas.

Usually, I guna Photoscape untuk buat effect pada poster. Sorry kepada mereka yang menggunakan Photoshop. Step masih sama. Boleh tengok pada tab filter. Untuk poster lain, you can ask me for another tips on making that poster. Harap-harap tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam membuat poster.